top of page
​
1. Pertandingan inovasi ini terbuka kepada Kolej Komuniti, Politeknik, Kolej Kemahiran, ILP, IKM, Agensi Kerajaan dan lain-lain (maksima 3 orang bagi penyertaan pensyarah dan 5 orang bagi pelajar termasuk pensyarah pembimbing (4 pelajar & 1 pensyarah)). Setiap penyertaan dikenakan yuran RM100.00. Tarikh akhir bayaran yuran pertandingan perlu
dibuat pada 27 Julai 2018 kepada KOPERASI KOLEJ KOMUNITI REMBAU BERHAD 8602186768 (CIMB).
2. KATEGORI PERTANDINGAN:
​
1. Kejuruteraan dan Teknikal
2. Makanan dan Minuman.
3. Fesyen dan Pakaian
4. IT dan Multimedia
5. Rekabentuk dan Teknologi Pembuatan/ Binaan
6. Sains Sosial dan Kemanusiaan
3. Borang penyertaan Pertandingan Inovasi boleh dimuatturun dari laman web rasmi
https://seminarpsh.wixsite.com/utama/borang-penyertaan-inovasi
​
4. Borang Penyertaan beserta Abstrak Inovasi perlu dihantar selewatnya pada 01 Jun 2018 melalui email spikk2018@gmail.com
5. Peserta perlu menyediakan poster pembentangan (menggunakan template poster yang telah disediakan) dan perlu diserahkan (dalam bentuk softcopy) melalui email
spikk2018@gmail.com pada urusetia selewat-lewatnya 29 Jun 2018.
​
6. Peserta perlu menyediakan laporan inovasi dan perlu menyerahkan kepada urusetia selewat-lewatnya (10 Ogos 2018).
7. Peserta dikehendaki untuk membuat pendaftaran dan persediaan tempat pada 14 Ogos 2018 sebelum jam 5.00 petang (sehari sebelum pertandingan dijalankan).
8. Semua produk inovasi yang dipamerkan akan dinilai pada 15 Ogos 2018 mulai jam 9.00 pagi.
9. Persembahan hendaklah menggunakan POSTER PERTANDINGAN BERSAIZ A2 yang dicetak sendiri. Poster hendaklah dipamerkan di atas meja pameran dan dipersembahkan dalam tempoh 10-15 minit sahaja.
​
10. Setiap peserta akan disediakan tapak pameran yang merangkumi satu meja dan 2 kerusi untuk mempamer dan memberi demontrasi hasil inovasi sepanjang pertandingan berlangsung. Peserta dikehendaki membawa extension wire sekiranya perlu.
11. Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya akan bertanggungjawab untuk mengurus, mengangkut atau menyimpan model-model atau bahan-bahan lain yang diserahkan oleh peserta (jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan dan kehilangan barangan di atas.
​
12. Pengumuman pemenang akan dimaklumkan dalam majlis perasmian penutup pada 15 Ogos 2018.
​
13. Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan.
SYARAT PERTANDINGAN INOVASI
bottom of page